:: JEMPUTAN KE MAJLIS KONVOKESYEN MAKTAB RENDAH SAINS MARA TUN GHAFAR BABA KALI KE-31 TAHUN 2017 ::

Sukacita dimaklumkan bahawa MRSM Tun Ghafar Baba akan mengadakan Majlis Konvokesyen Kali Ke-31 tahun 2017 untuk memberikan penghargaan dan penghormatan kepada pelajar Tingkatan Lima atas kejayaan dalam bidang akademik sepanjang pengajian mereka.

Sehubungan dengan itu, pihak MRSM Tun Ghafar Baba berbesar hati menjemput tuan/puan ibu bapa / penjaga pelajar tingkatan 5 2017untuk menghadiri majlis tersebut seperti ketetapan berikut;

Tarikh : 12 Oktober 2017 (Khamis)
Tempat : Dewan Bendahara MRSM Tun Ghafar Baba
Kod pakaian : Rasmi / Batik

Sekiranya tuan/puan ibu bapa / penjaga pelajar Tingkatan 5 masih belum menerima surat jemputan secara pos, sila telefon ke pejabat pentadbiran MRSM Tun Ghafar Baba dan berikan nama, nombor telefon dan nama anak beserta nama kelas anak untuk tujuan rekod. Bersama-sama ini dilampirkan maklumat berikut untuk perhatian dan tindakan tuan/puan:

(i) Atur cara Majlis Konvokesyen 2017 dan peraturan Majlis Konvokesyen 2017.
(ii) Pelekat kenderaan untuk kemudahan masuk ke maktab.

Pengesahan kehadiran tuan/puan hendaklah dimaklumkan kepada anak masing-masing sebelum 12 Oktober 2017. Kerjasama dan kesudian tuan/puan menghadiri majlis ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

~ Gambar Sekitar Program 


 :: PESTA SEM TYPE III MRSM TUN GHAFAR BABA :: 

Pesta SEM ( School Enrichment Model) Type III akan berlangsung pada  ketetapan berikut:

Hari: Khamis, 5 Oktober 2017

Tempat:  MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin Melaka.

Waktu: 8.30-1.00 tenghari

Pesta SEM Type III merupakan program tahunan maktab di mana ia adalah satu platform untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 membentangkan hasil mini tesis mereka.

~ Gambar Sekitar Program


:: TAHNIAH ATAS KECEMERLANGAN SPM 2016 MRSM TUN GHAFAR BABA ::  

Tahniah kepada semua para pelajar MRSM Tun Ghafar Baba yang mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM 2016. Semoga kecemerlangan ini akan berterusan untuk tahun seterusnya. 

Sekitar Majlis Penyerahan Slip Keputusan Peperiksaan SPM 2016