MRSM Tun Ghafar Baba menyediakan kemudahan untuk kegunaan para guru, staf dan pelajar. Antara kemudahan yang ada di MRSM Tun Ghafar Baba adalah Pusat Sumber Ilmu, Surau Al-Ikhwan , dewan yang terdiri dari Dewan Bendahara , Dewan Laksamana dan Dewan Ilmiah. Selain itu, terdapat koperasi maktab, kolam renang, makmal sains, makmal komputer, makmal rekacipta serta bilik senireka.